“Kamu takde Tuhan ke?” Baru Je Kakak Ira Kazar Hentamm PUTERI SARAH !? - Syamsul Yusof


Setelah 4 tahun memendam pelbagai perasaan, nampaknya 2023 adalah masa kebangkitan Puteri Sarah Liyana daripada kemelut perkahwinannya. Mana tidaknya, awal-awal lagi aktres ini melakukan persiapan rapi termasuklah mengambil tindakan undang-undang tegas demi kebaikan masa depannya bersama anak-anak.

Cukuplah 9 tahun jadi isteri I Syamsul
Seperti ramai sedia makium, pagi tadi Puteri Sarah sambil ditemani 2 adiknya memfailkan tuntutan berpisah terhadap Syamsul.

la susulan krisis rumah tangganya tidak menemui sebarang jalan damai, di samping enggan bermadu dengan Ira Kazar. Walau apa pun berlaku, dia tidak akan menarik semula hasrat tersebut.

Bahkan ironinya lagi, tarikh sebutan pertama perbicaraan ditetapkan betul-betul pada sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-9.

Mereka sepatutnya tidak boleh dekati Syamsul…tapi berkahwin di luar negara pula
Selepas tindakan pertama itu, ia bakal disusuli dengan prosiding hlna mahkamah terhadap Ira Kazar, bapa serta seorang kakak kandungnya.

Menurut peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader, 3 beranak itu didakwa secara jelas dan terang tidak mematuhi perintah injuksi yang dikeluarkan mahkamah tahun lepas.

la termasuklah pernikahan Ira Kazar bersama Syamsul di Thailand baru-baru ini. Tambah beliau lagi, mereka boleh dikenakan jumlah denda serta tempoh penjara tertentu jika didapati bersalah.

Tabahlah bila 1 family kena…ini contoh wanita berilmu, yang tahu nak buat apa sekiranya diuji
Meninjau ke ruangan, rata-rata netizen mendoakan agar Puteri Sarah selaki pihak yang teraniaya mendapat keadilan sewajarnya.

Dalam waktu yang sama, mereka turut mengambil iktibar terhadap setiap tindakan yang diambil oleh selebriti berkenaan terhadap pengganggu rumah tangga.

Terdapat juga komen dari netizen yang memaklumkan akuan lG kakak kepada lra kazar iaitu yasmin kazar yang semalam tular kini di tidak aktif.

Terdahulu pada semalam, Beberapa ciapan dari akaun Twitter milik kakak kepada isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar iaitu Yasmin Kaza didakwa menyindir Puteri Sarah dan keluarga Datuk Yusof Haslam.

Menerusi satu ciapan, kakak Ira itu didakwa mempersoalkan tindakan Puteri Sarah yang kerap memuatnaik hantaran di Instagram.

“Rosaklah perempuan perempuan yang suka ‘viral’ sana sini acah acah tersakiti dicurangi. Semua nak kongsi pada masyarakat lepas tu lalu di Timeline aku. Bodoh menyampah aku tengok. Engkau orang tak ada Tuhan ke?” ciapnya.

Selain itu, wanita itu turut menyifatkan tindakan Puteri Sarah adalah lucu.

“‘Kinda funny’ bila kau tak suka ‘fake account’ ganggu tapi tak sekat. ‘Kinda hilarious’ bila kau siap ‘pinned’ fitnah dari ‘fake account’. ‘You are damn funny, girl’. Oh and fake too,” tulisnya.

Tindakan kakak Ira itu mula mendapat perhatian dan mula diperkatakan dalam kalangan warganet menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Puteri Sarah.

“Tengok IG akak dia Yasmin Kaza, ‘if not mistaken’ asyik nak menangkan adik dia ja. Pelik kalau aku jadi kakak, adik buat perangai memang takkan mengaku adik buang jauh-jauh terus,” komen seorang pengguna.

Sumber : HM