Khabar Duka, Ibu Chef Wan "Noraini Abdullah" Atau "Cik Ani" Meninggal Dunia Jam 10;17 Pagi. Al Fatihah
Khabar Duka, Ibu Chef Wan "Noraini Abdullah" Atau "Cik Ani" Meninggal Dunia Jam 10;17 Pagi. Al Fatihah
Post By Admin
Cef selebriti popular, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan memaklumkan ibunya, Noraini Abdullah atau Cik Ani yang sebelum ini dalam keadaan tenat telah disahkan meninggal dunia.
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Chef Wan menerusi Instagramnya yang dia memaklumkan insan tersayangnya itu telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.17 sebentar tadi di sebuah hospital swasta.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah buat Chef Wan atas kehilangan ibunya itu dan bergarap dia kekal tabah dalam menghadapi dugaan.
Terdahulu,Chef Wan mendedahkan doktor yang sedang merawat ibunya memaklumkan insan tersayangnya sudah tidak memberi sebarang maklum balas.
Difahamkan, dia juga enggan untuk meletakkan ibunya di unit rawatan rapi (ICU) kerana mahu syurganya pergi dalam keadaan tenang.
Sumber: Instagram @_chefwan58