“Walaupn Shuk Curang, Tapi Dia Tak Meroyan Aibkn Suami..”- Tunai Umrah Bersama, Ramai Perasan Sesuatu Dgn Sera


“Walaupn Shuk Curang, Tapi Dia Tak Meroyan Aibkn Suami..”- Tunai Umrah Bersama, Ramai Perasan Sesuatu Dgn Sera

Kemelut rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau biasa dipanggil Sera suatu ketika dulu pernah menjadi topik utama media.

Pergi bersama Sera

Namun, selepas beberapa waktu ‘tenang’ seketika, Shuk dan Sera telah berkongsi momen menunaikan umrah bersama jemaah yang lain dan memuat naik gambar di hadapan kota suci.

Bersyukur diberi peluang tunai umrah kali ke-2

Dalam kapsyen yang disertakan, Shuk telah mengucapkan syukur kerana diberi peluang untuk menunaikan umrah buat kali kedua dan menjadi tetamu Allah selepas tahun lalu turut berada disana.

Alhamdulillah syukur

Perkongsian yang dibuat Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar telah menghadirkan pelbagai komen daripada warganet.

Rata-rata menzahirkan rasa syukur melihat pelawak itu hadir bersama Sera ke Tanah Suci bagi beribadah dan mendoakan hubungan mereka berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Wanita hebat yang perlu dicontohi

Untuk rekod, Shuk Sahar pernah beberapa kali ‘kantoi’ curang dengan seorang wanita sehingga membuatkan isterinya t’awar hati’ dan keluar dari rumah.

Mereka juga dilihat pernah hadir ke mahkamah syariah dan belum ada kata putus berkenaan hubungan rumah tangga mereka sehingga ke hari ini.

Semoga semuanya dalam keadaan baik dan dapat menunaikan ibadah umrah dengan lancar.

Sumber: Instagram Shuk Sahar

Pelawak sensasi, Shuk Sahar menyedari hukum sebab dan akibat bahawa setiap tindakan hari ini akan mempengaruhi kehidupan akan datang.

Atas dasar itulah, dia secara terbuka mengakui segala kesilapan silam dan memohon maaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan selama ini.

Shuk atau nama lengkapnya Shukri Mohamed Sahar berkata, benar hidup ini satu pilihan, namun dia bersetuju bahawa keputusan yang dilakukan seseorang itu sama ada baik atau buruk boleh mempengaruhi kehidupan masa depan.

Dia juga berharap telah mengambil keputusan yang tepat bagi mencorakkan semula kehidupannya.

“Hidup ini satu pilihan. Aku sangat setuju pilihan yang kita buat akan mempengaruhi  yang bakal jadi kedepan (masa hadapan).

“Doakan aku supaya dapat membuat pilihan yang betul. Maafkan aku kalau ada salah silap aku,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Pada masa sama, bekas pengacara program I Can See Your Voice itu turut mengakui sedang proses untuk cuba memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini.

“Kalau kita buat salah, berani akui salah silap kita, hadapilah kesan daripada kesalahan yang telah kita lakukan dan cuba perbaiki salah kita. Maafkan aku,” katanya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan itu, Shuk turut memuat naik sekeping foto berada di dalam sebuah masjid dipercayai di Turkiye dalam persinggahannya bersama jemaah lain untuk ke Mekah melakukan ibadah umrah.

Dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya meninggalkan kata-kata positif terhadapnya, malah ada dalam kalangan netizen turut memuji Shuk atas keberaniannya mengakui kesalahan lamanya.

“Satu aku nak puji Shuk kerana dia berani mengaku silap. Jarang lelaki begini. Selalunya akan menafikan kesalahan dan bersikap ego. Kita semua pendosa. Semoga diberi kesempatan untuk perbaiki diri,” kata seorang pengikutnya.

“Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik untuk mendapat umrah yang mabrur,” ujar seorang lagi pengikutnya.

Dalam satu hantaran berbeza, Shuk yang disoal netizen sama ada dia merindui untuk melawak di atas pentas mengakui sangat merindui komedi itu yang telah membesarkan namanya dalam dunia seni hiburan.

“Ada orang tanya saya tak rindu ke nak melawak lagi? Saya tak rindu ke nak jadi pengacara, buat kemunculan semula?

“Sumpah aku rindu. Rindu nak melawak, rindu nak jadi pengacara. Rindu nak bercakap dengan kawan-kawan dalam radio,” tulisnya ringkas

Terdahulu, nama dan juga karier Shuk dalam dunia hiburan sebagai pelawak, pengacara dan penyampai radio musnah selepas beberapa kali terpalit kontroversi melibatkan masalah kecurangan dalam rumah tangga bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau dikenali sebagai Sera.

Isu pergolakan rumah tangganya tular dalam media sosial berikutan pendedahan Sera tentang Shuk yang didakwa berlaku curang bersama seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh.

Susulan pendedahan kecurangannya, kehidupan Shuk mula terumbang-ambing. Bukan sahaja hilang pekerjaan sebagai penyampai radio dan tiada tawarann pekerjaan, dia mula mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa menjual rumah banglo bernilai RM1.2 juta selain sudah jarang muncul dalam televisyen.

Pada November tahun lalu, Sera dilaporkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk.